Rabu, 22 September 2010

Keropok Keping Asli Buatan Anak Jati Terengganu


Harga : RM22.50/kg - tidak termasuk kos pos.

Sebut sahaja keropok dari Terengganu, yum...yumm..memang enak sekali. Namun jika anda berada luar dari Terengganu pasti kurang pasti atau memang tidak akan tahu keropok yang benar-benar asli buatan anak jati Terengganu. Teringat saya satu memori indah dikala sedang menuntut dahulu...

'Noor... mai lah makan keropok ni noor..sedapppp, keropok dari Terengganu ni'....kata teman sebilik saya yang berasal dari Langkawi. Saya tengok begitu berselera dia makan sampai tak ingat dunia hehehehe.
Bila tengok reaksi kak zu tu ( panggilan buat roomate) saya pun teringin nak rasa juga. Adesss.....bila keropok tu masuk dalam mulut ni aduiii...'kak zu ehh..camni pun kak zu rasa sedap ke?'Kata saya.
Waktu tu...bukan niat saya nak mencemuh tapi jika kenyataan tu...tetap kenyataan jugak kan!!!Cuma kat depan kak zu tu...saya tak komplin banyak sangat la ....sebab selera manusia ni kan berbeza-beza.

Lepas peristiwa itu...pada cuti pertengahan semesta, saya balik kampung di Terengganu. Ibu dan nenek saya memang pakar buat keropok ni. Jadi saya minta ibu dan nenek tolong buatkan untuk saya bawa sebagai buah tangan kepada roomate tersayang tu. Hehehehe.....gembira sungguh saya melihat reaksi kak zu bila makan keropok buatan keluarga saya tu. Dia kata tak pernah makan keropok sesedap ini....fuhh hingga menjilat jari!!! Berbunga hati saya bila dengar kata-kata pujian sebegitu.

Bermula dari itu....setiap cuti semester..pasti kak zu kirim beli keropok sedap dari Terengganu. Sampai satu tahap tu....saya jadi pembekal keropok pulak...hehehehe.

Jadi....saya ingin berkongsi kesedapan keropok asli ni dengan semua pembaca blog saya
Memang harganya mahal sedikit kerana bahan-bahan yang digunakan sangat berkualiti dan menggunakan banyak ikan.

Buat masa ini saya pasarkan keropok keping kerana ianya lebih mudah dan tahan lebih lama berbanding dengan keropok lekor. Keropok lekor akan saya 'producekan' sikit masa lagi bergantung kepada permintaan ramai.

Berminat....Hubungi atau sms 019-9878329 / 013-9453005

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen anda